Produk Asmak

Wednesday, June 14, 2017

Monday, May 15, 2017

Antara Komuter KL & Bas Seremban Anda Pilih Mana



Pengalaman pertama kali saya sekeluarga menaiki komuter ke KL. Biasanya jika berulang-alik kerja saya memilih bas sebagai pengangkutan utama. Kenapa saya memilih bas sebagai pengangkutan utama berulang dari Seremban walhal Stesen Komuter lebih dekat dengan rumah. Antaranya tambang yang lebih murah, tempat duduk yang selesa, tidak berhenti setiap stesen dan masa perjalanan yang lebih singkat jika hendak dibandingkan dgn komuter. Salah satu sebab yang saya rasa jelas juga ialah bagi mengelak perasaan bersalah. Bersalah sbb duduk, bersalah tengok org lain berdiri, bersalah sebab berpura-pura penat dan tidur (jauh wei).. Kalau balik pukul 11 mlm mungkin ini sahaja pilihan yang ada kerana stesen komuter sangat hampir dengan pejabat dan perkhidmatan bas cuma sehingga 9.30 malam.


Hang pi mana..Pi KL.. Pi naik komuter. Balik naik bas kerana bas lagi murah dan selesa..Balik dari shopping baju raya anak-anak di SOGO masa cuti hari wesak hari itu. Kebetulan masa tu Sogo ada Sales Baju kanak-kanak sehingga 70%. Bawa keluarga makan di Restoran Ibramsha pekena Nasi Kandar Penang x payah nak pergi jauh-jauh KL semua benda ada. Lepas itu kami menuju kedai sebelah Masjid India mencari telekung Maisarah dan Marissa.. Singgah sebentar di Masjid India menunaikan sembahyang Zohor. Selepas itu menaiki LRT dari Masjid Jamek ke  Plaza Rakyat untuk menaiki bas pula. Wahh banyak pula destinasi kami pada hari itu.. Anak-anak pun enjoy sebab dapat naik macam-macam pengangkutan.


Perjalanan kami tidak terhenti setakat ini sahaja, kami menanti komuter ke Senawang dari Seremban.. Memandangkan bas yang kami naiki sehingga Terminal 1 Seremban kami terpaksa menaiki komuter semula untuk sampai ke tempat letak kereta di KTM Senawang (satu stesen sahaja)... Jauh sangat perjalanan hari ini. Nasib anak-anak tidak merungut. Jauh perjalanan luas pemandangan.

Sunday, May 7, 2017

Pengenalan SPKKP di Malaysia


Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) adalah satu amalan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yg juga sering dirujuk sebagai Occupational Health & Safety Management System (OHSMS).

Secara umum, SPKKP boleh dimaksudkan dengan kesihatan dan keselamatan di tempat kerja yang berkait rapat dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang terlibat dalam kerja-kerja atau pekerjaan. Majikan adalah pihak yang bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang sedang bekerja, dan menjaga orang luar daripada kemalangan yang mungkin berpunca daripada aktiviti pekerjaan di persekitaran tempat kerja.

Matlamat program keselamatan dan kesihatan pekerjaan termasuk untuk memupuk persekitaran kerja yang selamat dan sihat. Ianya juga boleh melindungi rakan sekerja , ahli keluarga, majikan , pelanggan, dan lain-lain yang mungkin terjejas oleh persekitaran tempat kerja. 

Tujuan polisi keselamatan dan kesihatan menggariskan pendekatan umum dan komitmen bersama-sama dengan tindakan yang perlu diikuti dan dilaksanakan oleh pengguna. Ia adalah dokumen unik yang menunjukkan apa yang perlu dilakukan, bila dan bagaimana. Dalam maksud lain polisi adalah undang-undang atau peraturan bagi tujuan penubuhan sesebuah jabatan atau organisasi. Di Malaysia dasar atau polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan berpandukan kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya. Selain itu, Akta Kilang dan Jentera 1967 dan Akta Petroleum 1984 merupakan sebahagian daripada undang-undang keselamatan, kesihatan pekerjaan yang diamalkan di Malaysia.

Thursday, May 4, 2017

Realiti Kehidupan Sekarang Sebagai Suami dan Ayah

Realiti kehidupan sekarang.....

Untuk renungan.
Suami dapat gaji bersih RM3,000.00 terus buat internet banking bayar:

  • Bil air RM30.00.
  • Duit rumah RM700.00.
  • Duit kereta RM700.00.
  • Bil telefon suami dan isteri RM200.00.
  • Bil elektrik RM170.00.
  • Ansuran motor kapcai RM150.00.
  • Yuran Tuisyen anak RM150.00.
  • Tukar RN150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan.

Jumlah Keseluruhan Habis dibelanjakan RM2,250.00.

Lalu berbekalkan duit baki gaji RM750.00 balik ke rumah jemput isteri dari tempat kerja, terus disambut dengan isteri satu soalan,

'Hari ni hari gaji abang kan? Jom pergi beli barang dapur. Banyak dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm nie! Sebab I tak laratlah nak masak hari nie.. Lagipun, bebudak pun esok hari sabtu cutikan?'.

Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.

Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yang bongsu..

'Ayah.. Cikgu adik cakap ari Isnin, Cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yang baru.."
Isteri spontan menyampuk..

'Mintak kat ayah.. Ayah baru dapat gaji..'

Sambil itu, anak yang sulung pula mencelah..
'Ayah.. Kakak pun nak duit RM30.00 hari isnin nie.. Untuk beli Buku Rujukan.. Dah dekat nak periksa nie..'

Si suami terus mengeluarkan RM50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong. Tinggal baki gaji RM700.00 (Baru hari pertama terima gaji tu..!!!).

Kemudian, selepas maghrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur. Sebelum itu suami singgah isi minyak kereta RM50.00 (Baki gaji RM650.00) langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah RM50.00 (Baki gaji RM600.00).

Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dengan jumlah RM250.00 (Baki gaji RM350.00) untuk beli barang kering dan RM50.00 (Baki gaji RM300.00) untuk beli barang basah.

Setelah semuanya selesai, pulanglah keluarga tersebut ke rumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baru dapat pagi tadi sebanyak RM300.00 sahaja.

Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil-kebil mengenangkan baki duit (Yang tinggal baki hanya RM300.00 dari jumlah gaji bersih RM3,000.00) dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi.

Esoknya, pagi Sabtu, isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi. Suami pun pergilah beli dengan modal RM5.00 dan surat khabar RM1.50 (Baki gaji RM293.50).

Manakala menjelang petang, si isteri dan anak-anak ajak suami jalan-jalan di Pasar Malam Jalan TAR sempena Malam Minggu. Si suami ikutkan jugak dalam keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak-anak. Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 (Baki gaji RM263.50).

Sesampai di Jalan TAR, si isteri berkenan dengan Tudung Bawal berharga RM15.00 mintak dibelikan. Suami pun keluarkan duit bayar (Baki gaji RM248.50) .

Kemudian bila ke depan sedikit, bahagian pakaian kanak-kanak pula nampak baju tidur anak-anak yang berharga RM15.00 sehelai. isteripun selamba berkata..
'Bang.. Baju tidur bebudak ni pun dah lusuh. Belikan diaorang yang baru nie. Murah jer.. RM15 hengget..'

Suami pun keluarkan lagi RM30.00 untuk baju tidur anak-anak (Baki gajiRM218.50).
Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama-sama. Tetapi dalam perjalanan nak pulang, anak-anak merengek dahaga dan lapar, mintak singgah di kedai makan untuk makan malam. Sang ayah kesiankan degan rengekan anak pun singgah lah di Kedai Makan Tomyam dan makan dengan membayar RM30.00 lagi. Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48 jam dapat gaji ialah RM218.50.

Esok hari Ahad. Isteri suruh pergi kedai pagi-pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi. Suami bermodalkan lagi RM7.00 dan RM1.50 untuk suratkhabar. Tinggallah duit gaji genap RM210.00.

Malamnya pulak, beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta!!!

Maka bermulalah pagi hari Isnin si suami dengan berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak RM60.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat, serta menghitung hari lagi untuk ke 25 hb/26 hb yang akan datang samada sampai atau tidak??

Selang seminggu selepas itu, pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung. Suami katakan dengan muka sedih...

'... Tidak ada modal. Tinggal baki gaji RM60 Hengget je nak buat modal hidup sampai hujung bulan nie...'

Lalu isteri menjawab dgn sinis..
'.. Kalau ajak balik kampung saya je, tak de duit.. Kalau ajak balik kampung saya je, Abang kata tak de duit.. Mana pergi duit gaji abang selama nie? Tak kan lah baru seminggu gaji tinggal baki 60 hengget? Sudah tak berduit.. Abang ada simpan pompuan lain ke..?"

Terpinga-pinga suami.. Confused..!! Blurred..!! Nak dijawab, jadi perang.. Nak diceritakan yang sebenar nanti, disalahkan balik, kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung RM15.00 tu...

Begitulah realiti kehidupan seorang suami yang penyabar demi melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

p/s: Kepada yang masih bujang, sudah bersediakah anda untuk menghadapi situasi sebegini? ** Masa Depan Itu Dibeli Oleh Masa Sekarang. Oleh itu carilah ilmu dan manfaatkannya.

Wednesday, May 3, 2017

3 Tips Menjadi Seorang Ayah Yang Kuat Serta Tabah



Dalam banyak kita berkawan, kita belajar selami kehidupan orang lain. Kadang-kadang, ada sahaja nampak ceria selalu dan kaki bahan dalam group whatsapps.Tetapi bila kita faham dan duduk bersama dengan mereka, suatu lembaran terbuka. Adakalanya, mereka juga ditimpa musibah dan kesedihan. Namun, mereka terus bangun dan teruskan kehidupan walau apa cara sekalipun. Inilah antara sebab kenapa Allah ciptakan dan takdirkan kawan-kawan wujud dalam kehidupan kita. Untuk kita ambil iktibar dan jalani tanggungjawab sebagai seorang mukmin dan khalifah. MFA, MSU 2017.

Tuesday, May 2, 2017

Ben Ashaari Seorang Peminat Buku???


Permohonan baru sahaja diluluskan menjadi komuniti FB Kelab Blogger Ben Ashaari. Zaman sekarang x mcm dulu boleh blog sendiri-sendiri zaman sekarang lain tidak boleh syok sendiri kena ada jaringan antara blogger barulah blog boleh maju jaya terutamanya blog yang suam-suam kuku dan baru nak aktif macam saya walaupun memang dah lama berblog.

Monday, May 1, 2017

Menanti TM Unifi Thank You Surprise Sehingga Kini


Mana “surprise” TM janji nak berikan itu? Sehingga tarikh ini tiada perkhabaran. Adakah yang lain-lain turut mengalami situasi seperti saya.. Bolehlah isi komen dalam blog ini. Saya pun x mahu berharap sangat. Lebih baik fokus dengan cara untuk menambah pendapatan. Elok bujang atau dah berkeluarga boleh mencuba beberapa perniagaan yang menguntungkan jika diusahakan dengan betul dan istiqamah.. 

Sunday, April 30, 2017

Hari-Hari Pun Rakyat Malaysia Kena Cari Duit Lebih


Hari Pekerja sebenarnya bermula pada musim bunga 1872 apabila pemimpin buruh Amerika Syarikat, Peter McGuire, mengetuai 100,000 pekerja yang tidak berpuas hati dengan masa kerja yang panjang dan upah yang murah.

Mereka mengadakan mogok dan berarak di jalan raya untuk menuntut supaya masa kerja yang tidak menentu dikurangkan dan ditetapkan kepada lapan jam sehari.

Tanggal 5 September 1882 menandakan perarakan Hari Pekerja pertama diadakan di New York di mana seramai 20,000 pekerja menyertai perarakan tersebut dengan slogan "Lapan Jam Kerja, Lapan Jam Rehat dan Lapan Jam Rekreasi".

Mc Guire mencadangkan supaya pekerja AS diberi cuti umum setiap Isnin pertama bulan September, iaitu tarikh Hari Pekerja yang disambut di AS dan Kanada sehingga hari ini. Pada 1 Mei 1886, 400,000 pekerja di AS mengadakan demonstrasi besar-besaran untuk memendekkan masa kerja. Demonstrasi berakhir dengan kematian apabila menjadi mangsa kekerasan pasukan polis.

Selepas peristiwa hitam itu, Kongres Sosialis Dunia, pada Julai 1889, mengisytiharkan 1 Mei sebagai Hari Pekerja Sedunia dan menuntut semua negara menggubal akta supaya waktu kerja ditetapkan kepada lapan jam sehari.

Di Malaysia, Hari Pekerja mula disambut dan diumumkan sebagai cuti umum pada 1972 oleh Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Ismail Abdul Rahman. Selamat Hari Pekerja.

Friday, April 28, 2017

Penumpang Kecewa SKS Hentikan PAS Bulanan :-(

Sumber : Harian Sinar

Sehubungan itu, BKompak menerima respon dari Penumpang Perkhidmatan Bas SKS yang ditemui di Terminal 1 Seremban merasa dukacita dengan keputusan bas SKS yang menghentikan Pas Bulanan semenjak Mac 2017. Rentetan dari itu penumpang laluan khas terpaksa mengeluarkan tambang harian sebanyak RM8 satu hala, dua hala pula RM16. Dalam sebulan tiket harian berjumlah hampir RM320.. Memang kami tiada pilihan dan terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat oleh pihak SKS, kata Shaiful salah seorang penumpang setia laluan khas sejak beberapa tahun yang lalu. Tambahan lagi beliau tidak pernah putus melanggan pas bulanan kerana tidak mahu tempatnya diambil penumpang baharu. Rata-rata penumpang mahu pihak SKS mengkaji semula penggunaan pas bulanan kerana segelintir penumpang yang berulang-alik kerja Seremban-Kuala Lumpur berdepan dengan faktor kewangan yang sangat mencabar di zaman ini.

Thursday, April 27, 2017

Tidur Anda Terganggu dan Tidak Lena - Young Living


Young Living adalah sebuah perusahaan yang berasal dari Amerika yang memiliki produk-produk berupa essential oil dan lain-lain. Sama seperti benih minyak pati kami disemai dengan berhati-hati, kandungan lengkap dalam produk kesihatan kami telah ditanam untuk kesihatan minda dan jasmani. Bayangkan satu kerjaya yang menjadi sebuah komuniti, di mana kesejahteraan merupakan cara hidup dan melakukan apa yang anda suka akan membawa kepada kejayaan. Shaiful 0129789529.

Sunday, April 23, 2017

Perkara Yang Selalu Diabaikan Tokei Aiskrim Lembut


Faktor kualiti dalam membuat ais krim lembut melibatkan suhu kawasan, kuasa elektrik, kandungan pra-campuran aiskrim lembut, kelembutan bermaksud sebati atau mesra. Langkah pertama sebelum menuang adunan ke dalam bekas (mesin aiskrim lembut) itu perlu diberi perhatian sebaik mungkin. Berpandukan pengetahuan serta pengalaman semasa saya mengenainya..Anda mesti memukul pra-campuran aiskrim supaya sebatian seperti gula dan susu larut sama rata. - ABC ..

Friday, April 21, 2017

⭐Abang Pilih Yang Mana PERAWAN ATAU JANDA⭐

⭐PERAWAN ATAU JANDA⭐PERAWAN ATAU JANDA⭐

Suami Anda Dah Lain? Dah Tak Macam Dulu-Dulu?  Selalu Makan Hati Dengan Karenah Suami Anda Yang "Macam-Macam"? Mari Saya Tunjukkan Anda Cara Mem"projek"kan Suami Anda! Agar Dia Berubah! Dari Tunggul Menjadi Unggul!
Di dalam bab ini anda akan didedahkan dengan perkara paling asas di dalam menjaga hati suami dan sekaligus membentuk rumahtangga yang harmoni. Ianya bermula dengan pemilihan kata ganti diri bagi memanggil si suami. Secara tidak sedar, ia sebenarnya memberikan impak yang besar kepada si suami agar diri mereka rasa sentiasa dihormati oleh si isteri. Ketahui bagaimana panggilan kata ganti diri ini mampu mengubah dan meruntun jiwa si suami. Bila dah kahwin mesti nak dapat Anak Pintar Cerdas bila dah ada keluarga mesti nak tambah pendapatan sampingan dengan BisnesAiskrim.comBisnesFotografi.comBisnesBurger.comBisnesBakeri.comBisnesAirBalang.com.

Thursday, April 20, 2017

Homestay TBS Senawang Pilihan Utama Pengunjung

HOMESTAY TBS SENAWANG Kemudahan Sewa Harian Untuk Muslim Yang Murah & Selesa (Bajet RM126)..Mencari homestay sekitar Senawang, Untuk penginapan yang selesa, murah, dalam kawasan bandar & berkonsepkan moden minimalist! Dilengkapi 3 bilik tidur, 2 bilik air. Boleh hubungi 0129789529...Panduan DekorasiBajet.com untuk homestay dan rumah anda.

Wednesday, April 19, 2017

Jack Ma Lelaki Kacak Dari Tanah Besar China

Sumber : Google

Namun siapa sangka, ia dulu hanyalah seorang guru biasa di China. Jack Ma berasal dari Hangzhou, China, sebuah kota dengan 2,4 juta penduduk. Jack Ma atau Ma Yun (马云) (lahir 10 September 1964) ialah seorang usahawan China yang berasal dari Hangzhou, Zhejiang, China. Antara orang terkaya di  China. From zero to hero, mungkin hanya ungkapan itu yang dapat diungkapkan kepada Jack Ma.Beliau adalah Pengerusi Eksekutif Alibaba Group, yang merupakan keluarga perniagaan berasaskan Internet yang sangat berjaya. Beliau adalah pengusaha dari China pertama yang muncul di muka depan Forbes. INGIN TAHU BAGAIMANA CARA MEMBORONG BARANG DARI CHINA SECARA ONLINE?

Monday, April 17, 2017

Pelajar Belum Dapat Email Kad Siswa1M Kecewa




Awal tahun ini, bantuan yang dulunya disalurkan dengan pemberian Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) sejak 2012 berjumlah RM250 kini diperolehi menerusi akaun bank Bank Rakyat. Ianya akan didebitkan  ke dalam akaun Bank Rakyat yang perlu didaftarkan atas nama siswa/siswi sebelum 31 Mac 2017 bagi melayakkan mereka memperolehi KADS1M iaitu kad diskaun Siswa1Malaysia. Proses itu kini masih dalam proses pengagihan  kepada siswa/siswi yang telah mendaftar KADS1M. Timbul keresahan di kalangan siswa/siswi yang belum menerima pengesahan email dari Bank Rakyat. Mana tidaknya ada dikalangan kawan-kawan yang telah menerima kemudahan ini berserta wang yang telah didebitkan sebanyak RM250. Berikut adalah persoalan yang diutarakan oleh siswa/siswi dalam satu laman pendidikan.

"Adik sudah mohon kad siswa. sampai sekarang Adik belum terima sebarang email daripada pihak bank rakyat untuk ambil KADS1M. Jadi patutkah Adik pergi ke bank rakyat terus untuk mengambil KADS1M"
"Harap Adik bersabar ianya mungkin disebabkan oleh ragam birokrasi yang melewatkan proses atau permintaan yang terlampau ramai sehingga mengambil masa yang panjang. Adik sila hubungi dahulu pihak Bank rakyat untuk kepastian. Periksa sama ada permohonan sedang diproses atau sudah selesai. Ini bagi mengelakkan kehadiran adik di sana tidak layan atau permohonan belum lengkap diproses. Boleh hubungi talian rasmi berkaitan KADS1M ini di 1300 80 5454 dan bertanya status permohonan Adik ok".
Ini adalah antara luahan hati siswa/siswi yang masih belum menerima sebarang email berkaitan KADS1M mereka. Abang doakan semoga berjaya mendapat KADS1M. Pantang siswa/siswi berundur sebelum berjuang. Nak berjuang mesti baca Panduan MUET mesti tahu Panduan Perakaunan dan mesti jadi Anak Pintar Cerdas.

Kereta Baru Pun Rosak Juga Kalau Tidak Jaga Baik



Panduan Menjaga Kereta Agar Terus Kekal Tip-Top, Tahan Lama dan Menjimatkan Kos Penyelenggaraan. JIKA anda sayangkan kereta yang anda beli dengan harga puluhan ribu ringgit dan bertahun-tahun menanggung hutang, RAMAI kalangan kita kerap melakukan kesilapan penyenggaraan kereta. Paling kerap dilakukan adalah mengambil mudah perkara-perkara yang nampak mudah. Sila baca hingga habis untuk mendapatkan maklumat penting.

Aiskrim Colek Yang Menjadi Viral di Seluruh Malaysia


Panduan langkah demi langkah memulakan perniagaan aiskrim yang menjana pendapatan RM5,000 sebulan secara separuh masa. Betul ke Buat Bisnes Aiskrim Secara Separuh Masa Boleh Untung Sampai RM5K Sebulan? Belum cuba belum tahu. Rahsia Bisnes Aiskrim Yang Lumayan. Tidak Ramai Yang Tahu Kenapa Pendatang Bangladesh dan Pakistan Memilih Perniagaan Aiskrim Untuk Bertapak Di Malaysia. Marilah kita Orang Malaysia menambah pendapatan sampingan dengan Bisnes Aiskrim..Yummy! Bila sebut pasal aiskrim ni, dari yang kecil sehingga dewasa semua menyukainya.

Sunday, April 16, 2017

Air Balang Yang Menjadi Viral di Seluruh Malaysia



Ingin ketahui rahsia bagaimana pemuda ini boleh menjana RM7K+++++ sebulan dengan hanya menjual air jus buah-buahan? Klik disini segera! Cara Mulakan Bisnes Air Atau Air Balang | Sedap boleh hilangkan dahaga bila cuaca panas macam ni, ramai yang tercari-cari lokasi tempat menghilangkan dahaga.  Mari mulakan bisnes air atau air balang! dengan mengetahui modal bisnes air balang, untung bisnes air balang, bagaimana menyediakan jus air balang yang laris, BisnesAirBalang.com merupakan antara bisnes yang boleh dikatakan mempunyai kadar keuntungan yang sangat tinggi iaitu mencecah 10 kali ganda.

Wednesday, February 22, 2017

OSH KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN Negatif Impak


Waktu belajar dulu, pensyarah kata awak ni semua one day bila masuk industri pembinaan mesti jumpa dengan perkara2 yang negatif (duit kopi, penyelewangan). Hari ini seorang kawan berkata industri keselamatan juga terdedah dengan bermacam masalah. Sebagai seorang yang optimis, saya beranggapan kalau kita tidak mampu merubah industri secara total mungkin kita boleh merubah diri kita sendiri dan seterusnya mempengaruhi orang di sekeliling kita. Kita tidak boleh kata bahagian mana dalam industri tertentu banyak sekali terlibat dalam rasuah dan tidak berintegriti sebab ruang itu ada di mana-mana sahaja. 

Monday, February 20, 2017

Kecil-Kecil Cili Padi

Lizam Ridzuan
lizamridzuan@hmetro.com.my


Tangkas dan lincah, itu yang boleh digambarkan mengenai jentera dua roda terbaru, Benelli TNT 135 yang diperkenalkan di pasaran pada akhir tahun lalu bukan sahaja menawarkan sebuah motosikal mini malah memiliki pelbagai ciri-ciri terkini.

Sesuai untuk penunggang baru atau muda, ia memberikan kawalan menyeronokkan dan pada masa sama responsif di jalanan cukup sesuai sebagai kegunaan harian.

Pertama kali menguji TNT 135, penulis perlu menyesuaikan diri dengan posisi dan gaya menunggang serta kawalan klac berikutan rodanya bersaiz 12 inci untuk motosikal berteknologi dari Itali ini.

Reka bentuk sentuhan gaya sebuah motosikal ‘naked’ dipadankan dengan kedudukan pelana setinggi 780mm dan keseluruhan 1,025mm sesuai untuk mereka yang mempunyai ketinggian sekitar 170-175 sentimeter.

Dikuasakan dengan enjin silinder tunggal 135cc SOHC sejukan cecair pula memberikan kuasa kuda sehingga 13hp pada 9,000rpm serta tenaga kilas 10.8Nm pada 7,000rpm dengan lima transmisi kelajuan antara ciri melebihi pesaingnya dalam segmen sama.

Enjin kecil empat lejang ini juga pantas di bandar dan mudah dikawal, manakala suspensi tunggal belakang dengan lengan hayun dan spring pra-beban boleh dilaras untuk disesuaikan saiz roda. Ia direka untuk tunggangan yang selesa dengan prestasi di selekoh cukup mantap.

Ciri lain motosikal ini adalah fork terbalik 41mm, kerangka sisi besi teguh yang ringan, roda aloi, brek cakera hadapan 220mm dua omboh angkup serta brek cakera belakang 190mm dengan omboh angkup tunggal memberikan cengkaman baik untuk memberhentikan motosikal pada sebarang kelajuan.

Berat kering hanya 121kg dilihat antara yang tinggi di antara pesaingnya, namun kapasiti tangki bahan api 7.2 liter adalah yang terbesar bagi memberi lebih kilometer untuk satu isian penuh.

Ia turut mendapat pengiktirafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sekali gus menawarkan tunggangan yang tangkas serta penggunaan bahan api yang efisien.

Sistem ekzos dengan pemangkin ubah dan pengesan oksigen (catalytic converter and oxygen sensor) memberikan bunyi yang lebih ‘ganas’ malah enjinnya turut menerima pensijilan Euro 4.

Motosikal ini juga dilengkapi penghidup elektrik, lampu hadapan dan belakang LED menjadikannya lebih jelas sama ada siang atau malam serta lampu kecemasan memberikan TNT 135 ciri sebuah motosikal berkuasa tinggi.

Secara keseluruhan, rekaan motosikal ini tampil menarik dengan ciri-ciri terkini ditawarkan untuk sebuah motosikal yang dikuasakan enjin 135cc terutama untuk penggunaan dalam bandar.

Kerangka besi tiub ringan yang teguh elemen signature model jenama Benelli sebagai ciri standard bagi kelihatan lebih bergaya.

Ketika pendikitnya dipulas pada gear lima iaitu gear tertingginya, motosikal ini mampu mencatatkan kelajuan maksimum sekitar 110km/j apabila diuji di lebuh raya dan tindak balas gearnya cukup responsif ketika mencelah di dalam bandar.

Panel meter digital memaparkan kelajuan dan rpm serta maklumat tahap bahan api serta paparan waktu memudahkan penunggang melihat dengan jelas.

Dijual pada harga asas RM7,990 dengan dua pilihan warna iaitu putih dan merah serta jaminan setahun atau 10,000km pertama serta tambahan 3,000km kepada yang mendaftar secara dalam talian.

Benelli kini diedarkan oleh Mforce Bike Holdings Sdn Bhd (Mforce Bike) yang dilantik untuk memasang, mengedar dan membekalkan perkhidmatan selepas jualan termasuk alat ganti bagi produk Benelli di negara ini bermula 1 Februari 2017. Sebelum ini, motosikal itu dipasarkan oleh Benelli Keeway Motorcycles Sdn Bhd dari tahun 2012.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Februari 2017 @ 5:02 AM