Produk Asmak

Monday, May 15, 2017

Antara Komuter KL & Bas Seremban Anda Pilih Mana



Pengalaman pertama kali saya sekeluarga menaiki komuter ke KL. Biasanya jika berulang-alik kerja saya memilih bas sebagai pengangkutan utama. Kenapa saya memilih bas sebagai pengangkutan utama berulang dari Seremban walhal Stesen Komuter lebih dekat dengan rumah. Antaranya tambang yang lebih murah, tempat duduk yang selesa, tidak berhenti setiap stesen dan masa perjalanan yang lebih singkat jika hendak dibandingkan dgn komuter. Salah satu sebab yang saya rasa jelas juga ialah bagi mengelak perasaan bersalah. Bersalah sbb duduk, bersalah tengok org lain berdiri, bersalah sebab berpura-pura penat dan tidur (jauh wei).. Kalau balik pukul 11 mlm mungkin ini sahaja pilihan yang ada kerana stesen komuter sangat hampir dengan pejabat dan perkhidmatan bas cuma sehingga 9.30 malam.


Hang pi mana..Pi KL.. Pi naik komuter. Balik naik bas kerana bas lagi murah dan selesa..Balik dari shopping baju raya anak-anak di SOGO masa cuti hari wesak hari itu. Kebetulan masa tu Sogo ada Sales Baju kanak-kanak sehingga 70%. Bawa keluarga makan di Restoran Ibramsha pekena Nasi Kandar Penang x payah nak pergi jauh-jauh KL semua benda ada. Lepas itu kami menuju kedai sebelah Masjid India mencari telekung Maisarah dan Marissa.. Singgah sebentar di Masjid India menunaikan sembahyang Zohor. Selepas itu menaiki LRT dari Masjid Jamek ke  Plaza Rakyat untuk menaiki bas pula. Wahh banyak pula destinasi kami pada hari itu.. Anak-anak pun enjoy sebab dapat naik macam-macam pengangkutan.


Perjalanan kami tidak terhenti setakat ini sahaja, kami menanti komuter ke Senawang dari Seremban.. Memandangkan bas yang kami naiki sehingga Terminal 1 Seremban kami terpaksa menaiki komuter semula untuk sampai ke tempat letak kereta di KTM Senawang (satu stesen sahaja)... Jauh sangat perjalanan hari ini. Nasib anak-anak tidak merungut. Jauh perjalanan luas pemandangan.

3 comments:

  1. Time kerja KL dulu Mrs. A pilih komuter sebab office lebih dekat dgn station komuter bank negara.

    ReplyDelete
  2. Mrs. A kerja mana dulu.. sy kerja area sini juga.

    ReplyDelete
  3. gigihnya travel. bagus betul anak tak meragam :)

    ReplyDelete