Produk Asmak

Thursday, June 16, 2016

Duduk di Seremban Kerja Di Kuala Lumpur


Kawan-kawan sering kali bertanya soalan seperti ini kepada saya, masih duduk Seremban. Tidak jauh ker berulang. Jadi disini saya ingin memberi jawapan umum kenapa saya menetap di Senawang, Seremban. Buat yang baru mengenali saya. Saya bekerja di salah sebuah agensi kerajaan di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur semenjak 2007. Isteri bekerja di Kuala Pilah dan anak-anak diasuh di Senawang oleh pengasuh dan pusat asuhan. 

Famili dan saya telah menetap di Senawang semenjak tahun 2008 semasa saya mula-mula kahwin kerana isteri masih bekerja di Tangkak, jadi biarlah dekat sedikit. Biasanya saya akan naik Bas SKS laluan Mara di Terminal 1, turun di depan pejabat. Masa perjalanan dianggarkan 1 jam jika perjalanan lancar. Selain dari saya, ramai orang dari Negeri Sembilan, terutama dari Seremban, Senawang dan Sungai Gadut berulang alik ke Kuala Lumpur. Kebanyakkan menaiki bas dan komuter, tapi ada juga yang memandu kereta dan menunggang motosikal berkuasa tinggi. 

Antara sebab saya berulang alik ke Kuala Lumpur adalah kerana keluarga dan saya telah selesa menetap di Seremban, disamping masih dapat merasai kedamaian dan suasana kampung. Kehidupan di Senawang lebih mudah kerana berdekatan dengan kemudahan asas, kedai makan, stesen minyak, sekolah, tempat asuhan, Mydin, Giant. Sekurangnya saya tidak terperangkap dengan kesesakan lalu lintas dalam menguruskan kehidupan keluarga jika menetap di Kuala Lumpur. 

Bukanlah maksud saya melepaskan tanggungjawab terhadap keluarga, tetapi bagaimana hendak uruskan soal 3 orang anak yang masih kecil dan jumlah tempat letak kereta yang terhad di pejabat mahupun rumah flat. Kalau ada urusan lain di Kuala Lumpur saya menunggang FZ150i. Walaupun menunggang motosikal di Kuala Lumpur saya masih juga terdedah dengan risiko dan bahaya kerana perlu menyelit dan fokus setiap masa.

Saya lebih selesa menggunakan perkhidmatan bas berbanding kenderaan sendiri. Satu benda yang saya hendak elakkan ialah memandu kereta di Kuala Lumpur. Serius tidak suka kecuali memang tidak dapat dielakkan. Sebenarnya untuk berulang-alik ke Seremban Kuala Lumpur boleh menggunakan beberapa jaringan perhubungan seperti Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS). Perkhidmatan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan KTM Komuter. 

Andai anda memilih untuk berulang alik dengan bas, anda boleh memilih sendiri perkhidmatan bas yang anda suka kerana banyak syarikat bas yang menawarkan perjalanan Seremban - Kuala Lumpur antaranya SKS, A Class, Suasana Edaran, Bahau KL. Seawal 5.30 pagi hingga 10.00 malam. 

Thursday, June 9, 2016

RM500 Untuk 1.6 Juta Penjawat Awam


KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dalam kenyataan di sini, beliau berkata bantuan khas RM250 akan turut dinikmati 743,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka. "Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 13 Jun ini," katanya sambil menambah ia melibatkan anggaran peruntukan kewangan RM1 bilion. "Kerajaan berharap pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2016," kata perdana menteri. Najib menarik perhatian bahawa penjawat awam akan menikmati satu kenaikan gaji tahunan (KGT) pada Julai ini yang melibatkan anggaran implikasi kewangan RM1.1 bilion. -- BERNAMA Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!

Tuesday, June 7, 2016

Kereta Lama Makin Tua Makin Menjadi


Kereta ataupun automobil ialah kenderaan bertayar empat (biasanya) yang mempunyai enjin. Pada masa dahulunya ia dikenali sebagai kenderaan bermotor kerana 'motor' merujuk kepada enjin. Kereta mempunyai tempat duduk untuk pemandu dan sekurang kurangnya satu tempat duduk untuk penumpang dan selebih-lebihnya 7 orang. Sehingga 2002, terdapat 590 juta kereta penumpang di seluruh dunia (secara kasar sebuah kereta untuk setiap 11 orang). 

Memiliki kereta berusia terus menjadi aspirasi segelintir peminat kereta lama di Malaysia yang kini semakin popular untuk menjadikan koleksi peribadi paling bernilai. Meskipun muncul pelbagai kenderaan canggih berbentuk futuristik dengan kelengkapan teknologi terkini, ia langsung tidak menggugat hobi peminat kereta lama atau antik.

Sebenarnya, usaha mereka boleh dianggap murni selepas ‘berjaya’ menyelamatkan kereta lama yang bernilai sebagai sejarah automotif. Malah, mereka sanggup mengeluarkan perbelanjaan ribuan ringgit untuk mengubah suai kenderaan supaya lebih kemas dan menarik.

Sunday, June 5, 2016

Ucapan Selamat Menyambut Ramadan 1437H


Menjelang bulan Ramadhan yang suci dan mulia ini saya sampaikan permohonan maaf saya kepada seluruh umat Islam di seluruh pelosok dunia. Saya juga mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa yang bermula pada hari esok. Semoga Anda sekalian mendapat rahmat dan hidayah dari Allah SWT. Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! Saling bermaafan menjelang bulan suci Ramadhan mahupun perayaan Lebaran merupakan satu sikap yang perlu ada pada setiap umat Islam bahkan sikap ini perlu ditanam dalam hati sanubari umat Islam tanpa mengira bulan dan waktu. Jadilah contoh yang terbaik buat anak-anak anda. Anak Terlalu Nakal? Klik Disini!

Firman Allah S.W.T : Maafkanlah dan berlapang dadalah. Apakah kamu tidak ingin Allah memaafkanmu (mengampunimu)?’ An-Nur 22 maksudnya Betapa Allah menyukai orang-orang yang memaafkan dan berlapang dada. Hingga Allah bersudi memaafkan kesalahan kita dan mengampuni dosa-dosa kita.



Friday, June 3, 2016

Aku Menulis Bukan Kerana Glamer Bro



Menulis blog merupakan medium terbaik bagi saya untuk menyatakan mengenai diri saya. Untuk menyatakan perasaan hati saya tentang sesuatu hal. Berkongsi cara Buat Duit Dari Rumah! idea dan pandangan saya terhadap sesuatu, seseorang, dan beberapa perkara lain seperti Rahsia Suri Rumah Bekerjaya! Klik Disini!. Mula belajar perkongsian sosial dengan website percuma geocities. Zaman itu harga web hosting berbayar berjumlah beratus ringgit. Masa itu x ada FB, Instagram, Twitter dll. Ruangan kenalan yang terkenal dalam Malaysia masa itu, Mesra.Net, Cari.My, Kawan.Net. Selepas itu baru ada friendster dan macam-macam lagi. Memandangkan zaman itu dah lama berlalu tidak banyak yang dapat saya tuliskan di sini cuma ingin berkongsi tentang Panduan Jana Wang Di Rumah Untuk Wanita!


Thursday, June 2, 2016

CUEPACS Mahu Jumpa PM Isu Bonus Raya


KOTA KINABALU 2 Jun - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan pemberian bonus raya sebulan gaji kepada 1.6 juta penjawat awam menjelang Aidilfitri ini. Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, pertemuan itu dijangka diadakan dalam waktu terdekat ini. Inginkan Harta Yang Diberkati?

Kami mohon diberi laluan berjumpa dengan Perdana Menteri dengan kadar segera bagi membolehkan perbincangan mengenai pemberian bonus raya sebulan gaji kepada penjawat awam. Kami yakin pemberian ini bakal memberi rangsangan kepada produktiviti kerja para penjawat awam sekali gus membantu membuat persiapan menjelang Aidilfitri nanti," katanya selepas merasmikan persidangan perwakilan tritahunan CUEPACS negeri di sini hari ini. Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini! - Sumber cuepacsblogspotmy

Wednesday, June 1, 2016

Teknik Halus Memikat Lelaki Kacak


Ke hadapan seorang insan yang bernama wanita, ciptaan ALLAH SWT yang maha hebat dan cantik, yang penuh dengan sifat pemalu. Jika hari ini anda masih lagi belum bertemu jodoh, ketahuilah, ianya bukanlah silap takdir, cuma, usaha yang dilakukan, masih belum mengena dengan kehendak takdir.

Ini kerana, usaha itu perlulah ikhlas, mencari jodoh biarlah dengan ilmu, memburu cinta biarlah dalam syariat dan mengimpikan lelaki idaman itu sebenarnya tidak salah. Hari ini, saya akan bantu anda, bagaimana untuk berusaha dengan ilmu yang betul di dalam misi mencari jodoh. Mari kita gali ilmu pikat lelaki disini!