Produk Asmak

Tuesday, June 7, 2016

Kereta Lama Makin Tua Makin Menjadi


Kereta ataupun automobil ialah kenderaan bertayar empat (biasanya) yang mempunyai enjin. Pada masa dahulunya ia dikenali sebagai kenderaan bermotor kerana 'motor' merujuk kepada enjin. Kereta mempunyai tempat duduk untuk pemandu dan sekurang kurangnya satu tempat duduk untuk penumpang dan selebih-lebihnya 7 orang. Sehingga 2002, terdapat 590 juta kereta penumpang di seluruh dunia (secara kasar sebuah kereta untuk setiap 11 orang). 

Memiliki kereta berusia terus menjadi aspirasi segelintir peminat kereta lama di Malaysia yang kini semakin popular untuk menjadikan koleksi peribadi paling bernilai. Meskipun muncul pelbagai kenderaan canggih berbentuk futuristik dengan kelengkapan teknologi terkini, ia langsung tidak menggugat hobi peminat kereta lama atau antik.

Sebenarnya, usaha mereka boleh dianggap murni selepas ‘berjaya’ menyelamatkan kereta lama yang bernilai sebagai sejarah automotif. Malah, mereka sanggup mengeluarkan perbelanjaan ribuan ringgit untuk mengubah suai kenderaan supaya lebih kemas dan menarik.

No comments:

Post a Comment