Produk Asmak

Thursday, June 2, 2016

CUEPACS Mahu Jumpa PM Isu Bonus Raya


KOTA KINABALU 2 Jun - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan pemberian bonus raya sebulan gaji kepada 1.6 juta penjawat awam menjelang Aidilfitri ini. Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, pertemuan itu dijangka diadakan dalam waktu terdekat ini. Inginkan Harta Yang Diberkati?

Kami mohon diberi laluan berjumpa dengan Perdana Menteri dengan kadar segera bagi membolehkan perbincangan mengenai pemberian bonus raya sebulan gaji kepada penjawat awam. Kami yakin pemberian ini bakal memberi rangsangan kepada produktiviti kerja para penjawat awam sekali gus membantu membuat persiapan menjelang Aidilfitri nanti," katanya selepas merasmikan persidangan perwakilan tritahunan CUEPACS negeri di sini hari ini. Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini! - Sumber cuepacsblogspotmy

No comments:

Post a Comment