Produk Asmak

Thursday, June 16, 2016

Duduk di Seremban Kerja Di Kuala Lumpur


Kawan-kawan sering kali bertanya soalan seperti ini kepada saya, masih duduk Seremban. Tidak jauh ker berulang. Jadi disini saya ingin memberi jawapan umum kenapa saya menetap di Senawang, Seremban. Buat yang baru mengenali saya. Saya bekerja di salah sebuah agensi kerajaan di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur semenjak 2007. Isteri bekerja di Kuala Pilah dan anak-anak diasuh di Senawang oleh pengasuh dan pusat asuhan. 

Famili dan saya telah menetap di Senawang semenjak tahun 2008 semasa saya mula-mula kahwin kerana isteri masih bekerja di Tangkak, jadi biarlah dekat sedikit. Biasanya saya akan naik Bas SKS laluan Mara di Terminal 1, turun di depan pejabat. Masa perjalanan dianggarkan 1 jam jika perjalanan lancar. Selain dari saya, ramai orang dari Negeri Sembilan, terutama dari Seremban, Senawang dan Sungai Gadut berulang alik ke Kuala Lumpur. Kebanyakkan menaiki bas dan komuter, tapi ada juga yang memandu kereta dan menunggang motosikal berkuasa tinggi. 

Antara sebab saya berulang alik ke Kuala Lumpur adalah kerana keluarga dan saya telah selesa menetap di Seremban, disamping masih dapat merasai kedamaian dan suasana kampung. Kehidupan di Senawang lebih mudah kerana berdekatan dengan kemudahan asas, kedai makan, stesen minyak, sekolah, tempat asuhan, Mydin, Giant. Sekurangnya saya tidak terperangkap dengan kesesakan lalu lintas dalam menguruskan kehidupan keluarga jika menetap di Kuala Lumpur. 

Bukanlah maksud saya melepaskan tanggungjawab terhadap keluarga, tetapi bagaimana hendak uruskan soal 3 orang anak yang masih kecil dan jumlah tempat letak kereta yang terhad di pejabat mahupun rumah flat. Kalau ada urusan lain di Kuala Lumpur saya menunggang FZ150i. Walaupun menunggang motosikal di Kuala Lumpur saya masih juga terdedah dengan risiko dan bahaya kerana perlu menyelit dan fokus setiap masa.

Saya lebih selesa menggunakan perkhidmatan bas berbanding kenderaan sendiri. Satu benda yang saya hendak elakkan ialah memandu kereta di Kuala Lumpur. Serius tidak suka kecuali memang tidak dapat dielakkan. Sebenarnya untuk berulang-alik ke Seremban Kuala Lumpur boleh menggunakan beberapa jaringan perhubungan seperti Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS). Perkhidmatan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan KTM Komuter. 

Andai anda memilih untuk berulang alik dengan bas, anda boleh memilih sendiri perkhidmatan bas yang anda suka kerana banyak syarikat bas yang menawarkan perjalanan Seremban - Kuala Lumpur antaranya SKS, A Class, Suasana Edaran, Bahau KL. Seawal 5.30 pagi hingga 10.00 malam. 

No comments:

Post a Comment