Produk Asmak

Sunday, May 7, 2017

Pengenalan SPKKP di Malaysia


Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) adalah satu amalan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yg juga sering dirujuk sebagai Occupational Health & Safety Management System (OHSMS).

Secara umum, SPKKP boleh dimaksudkan dengan kesihatan dan keselamatan di tempat kerja yang berkait rapat dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang terlibat dalam kerja-kerja atau pekerjaan. Majikan adalah pihak yang bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang sedang bekerja, dan menjaga orang luar daripada kemalangan yang mungkin berpunca daripada aktiviti pekerjaan di persekitaran tempat kerja.

Matlamat program keselamatan dan kesihatan pekerjaan termasuk untuk memupuk persekitaran kerja yang selamat dan sihat. Ianya juga boleh melindungi rakan sekerja , ahli keluarga, majikan , pelanggan, dan lain-lain yang mungkin terjejas oleh persekitaran tempat kerja. 

Tujuan polisi keselamatan dan kesihatan menggariskan pendekatan umum dan komitmen bersama-sama dengan tindakan yang perlu diikuti dan dilaksanakan oleh pengguna. Ia adalah dokumen unik yang menunjukkan apa yang perlu dilakukan, bila dan bagaimana. Dalam maksud lain polisi adalah undang-undang atau peraturan bagi tujuan penubuhan sesebuah jabatan atau organisasi. Di Malaysia dasar atau polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan berpandukan kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya. Selain itu, Akta Kilang dan Jentera 1967 dan Akta Petroleum 1984 merupakan sebahagian daripada undang-undang keselamatan, kesihatan pekerjaan yang diamalkan di Malaysia.

No comments:

Post a Comment