Produk Asmak

Friday, April 28, 2017

Penumpang Kecewa SKS Hentikan PAS Bulanan :-(

Sumber : Harian Sinar

Sehubungan itu, BKompak menerima respon dari Penumpang Perkhidmatan Bas SKS yang ditemui di Terminal 1 Seremban merasa dukacita dengan keputusan bas SKS yang menghentikan Pas Bulanan semenjak Mac 2017. Rentetan dari itu penumpang laluan khas terpaksa mengeluarkan tambang harian sebanyak RM8 satu hala, dua hala pula RM16. Dalam sebulan tiket harian berjumlah hampir RM320.. Memang kami tiada pilihan dan terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat oleh pihak SKS, kata Shaiful salah seorang penumpang setia laluan khas sejak beberapa tahun yang lalu. Tambahan lagi beliau tidak pernah putus melanggan pas bulanan kerana tidak mahu tempatnya diambil penumpang baharu. Rata-rata penumpang mahu pihak SKS mengkaji semula penggunaan pas bulanan kerana segelintir penumpang yang berulang-alik kerja Seremban-Kuala Lumpur berdepan dengan faktor kewangan yang sangat mencabar di zaman ini.

No comments:

Post a Comment