Produk Asmak

Monday, April 17, 2017

Pelajar Belum Dapat Email Kad Siswa1M Kecewa




Awal tahun ini, bantuan yang dulunya disalurkan dengan pemberian Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) sejak 2012 berjumlah RM250 kini diperolehi menerusi akaun bank Bank Rakyat. Ianya akan didebitkan  ke dalam akaun Bank Rakyat yang perlu didaftarkan atas nama siswa/siswi sebelum 31 Mac 2017 bagi melayakkan mereka memperolehi KADS1M iaitu kad diskaun Siswa1Malaysia. Proses itu kini masih dalam proses pengagihan  kepada siswa/siswi yang telah mendaftar KADS1M. Timbul keresahan di kalangan siswa/siswi yang belum menerima pengesahan email dari Bank Rakyat. Mana tidaknya ada dikalangan kawan-kawan yang telah menerima kemudahan ini berserta wang yang telah didebitkan sebanyak RM250. Berikut adalah persoalan yang diutarakan oleh siswa/siswi dalam satu laman pendidikan.

"Adik sudah mohon kad siswa. sampai sekarang Adik belum terima sebarang email daripada pihak bank rakyat untuk ambil KADS1M. Jadi patutkah Adik pergi ke bank rakyat terus untuk mengambil KADS1M"
"Harap Adik bersabar ianya mungkin disebabkan oleh ragam birokrasi yang melewatkan proses atau permintaan yang terlampau ramai sehingga mengambil masa yang panjang. Adik sila hubungi dahulu pihak Bank rakyat untuk kepastian. Periksa sama ada permohonan sedang diproses atau sudah selesai. Ini bagi mengelakkan kehadiran adik di sana tidak layan atau permohonan belum lengkap diproses. Boleh hubungi talian rasmi berkaitan KADS1M ini di 1300 80 5454 dan bertanya status permohonan Adik ok".
Ini adalah antara luahan hati siswa/siswi yang masih belum menerima sebarang email berkaitan KADS1M mereka. Abang doakan semoga berjaya mendapat KADS1M. Pantang siswa/siswi berundur sebelum berjuang. Nak berjuang mesti baca Panduan MUET mesti tahu Panduan Perakaunan dan mesti jadi Anak Pintar Cerdas.

No comments:

Post a Comment