Produk Asmak

Thursday, May 26, 2016

Pengalaman Semester Pertama OUM


Selama beberapa bulan bergelar pelajar Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) di Universiti Terbuka Malaysia (OUM). Saya telah diberikan pendedahan tentang portal pembelajaran secara maya yang dikenali sebagai myVLE. MyVLE merupakan satu bentuk sumber maklumat yang boleh membantu saya meningkatkan teknik pembelajaran dan pemahaman saya berkaitan kursus yang saya ikuti. Nak Lulus Cemerlang Dalam Exam MUET? Klik Sini!

Semasa melayari myVLE saya banyak memperolehi maklumat berkaitan kursus yang saya perlukan. Sumber bahan maklumat seperti contoh soalan peperiksaan, nota, modul dan bahan rujukan sama ada dalam bentuk animasi, video, audio, grafik dan teks boleh dilayari melalui internet dan Tan Sri Dr Abdullah Sanusi Digital Library (TSDAS) pada setiap masa dan di mana-mana saya berada.

MyVLE memberi peluang kepada saya dan pelajar OUM yang lain berinteraksi bersama tutor secara maya melalui kemudahan ICT seperti e-mail, pemberitahuan, perkongsian fail, e-forum atau kelas maya bagi membincangkan masalah pembelajaran dan membantu proses menyiapkan tugasan pelajar. Panduan Lulus Cemerlang MUET! Klik Disini!

Maklumat peribadi pelajar yang dimasukkan ke sistem myVLE dapat dipantau oleh pihak pentadbiran OUM untuk rekod dan pendaftaran kursus pada masa hadapan. Pelajar OUM boleh memuat turun soalan dan memuat naik jawapan tugasan ke myVLE selain dapat menyemak markah dan baki yuran belajar.

Kesimpulannya myVLE dapat membantu saya dan pelajar OUM memahami pelajaran dan menarik minat pelajar terhadap kursus yang diikuti serta memberi perkhidmatan yang mesra pengguna.

1 comment: