Produk Asmak

Tuesday, May 17, 2016

Belajar Aiskrim Colek, Jadi Aiskrim Lembut


PADA permulaannya, saya tidak mendapat sokongan untuk menjalankan perniagaan aiskrim. Ada yang menganggap hasrat itu sekadar angan-angan mat jenin kerana setiap hari berceloteh mengenai aiskrim. Walaupun menerima reaksi kurang menyenangkan dan kata-kata yang mengecewakan, itu tidak langsung mematahkan semangat saya untuk membuktikan saya mampu mengusahakan perniagaan ini.

Namun, selepas berjaya meyakinkan isteri untuk mengikuti kursus Aiskrim Colek oleh Chef Afiq Dato’ Rusly pada 25 Jun 2011 bertempat di Institut Kulinari Anjung Utara (ITKAU) Lot 2822, Batu 11 Gesir Tengah 44020 Kuala Kubu Bharu, Selangor mula membuka saya dan isteri untuk bergiat dalam perniagaan aiskrim.

" Dulu lepas belajar politeknik saya menganggur sekejap saya ada idea tetapi saya tiada kemampuan kewangan. Dalam keluarga kata-kata saya ibarat Mat Jenin. Saya minat menternak kambing di tanah ibu di kampung tapi keluarga tidak yakin dengan saya, bila saya kerja saya belajar banyak perkara teknikal secara tidak langsung malahan rekabentuk grafik secara tidak formal, ".   

Tanpa mengenal erti putus asa, malah itulah resipi yang digunakannya untuk menjadi usahawan berjaya. “Saya mahu anak bangsa mengikut jejak langkah ini. Sejak kecil kita suka makan aiskrim dan ia digemari tanpa mengenal bangsa, usia dan keturunan. Idea mahu mengusahakan perniagaan aiskrim tercetus apabila saya membaca buku Jutawan Senyap karya Dato' Chef Li. Memandangkan perniagaan aiskrim ini satu peluang perniagaan yang mampu berdaya maju kerana menjual barang murah tetapi digemari ramai.

Saya membuat penyelidikan dan pembangunan daripada segi mendapatkan bahan aiskrim lembut selama lebih setahun dan walaupun telah lebih 5 tahun berkecimpung dalam perkhidmatan aiskrim lembut saya masih menjalankan RND untuk mendapatkan kualiti aiskrim lembut yang terbaik. Perkara penting dalam menjalankan perkhidmatan aiskrim lembut ialah teknologi bahan dan SOP mesin aiskrim.

No comments:

Post a Comment