Produk Asmak

Sunday, September 4, 2016

JOM BELAJAR DI OUM 0129789529


Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) adalah cara pembelajaran yang mendapat tempat di hati mahasiswa yang bekerja untuk menggenggam segulung ijazah tanpa meninggalkan tanggungjawab mereka terhadap kerja dan keluarga. Bergelar seorang pelajar PJJ di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) memerlukan komitmen dan semangat yang tinggi sepanjang tempoh pengajian. Oleh itu, PJJ dan pendidikan terbuka dapat menambahkan bilangan pekerja terlatih negara. Masyarakat dan kerajaan mengangkat lulusan PJJ sama seperti mahasiswa universiti sepenuh masa kerana sistem pendidikan PJJ menyediakan sumber bahan-bahan pembelajaran dan perkhidmatan mengikut sukatan pelajar sepenuh masa. Walaupun terdapat kekangan yang dihadapi oleh pelajar PJJ dan terbuka, namun dengan kemajuan teknologi maklumat yang pantas dapat membaiki kelemahannya dan menyerlahkan kecemerlangan pelajar PJJ.

No comments:

Post a Comment